Thursday, June 16, 2011

Panas !!! Skandal Seks Terbaru China Doll

Robot sex buatan China
Love Sex Company, sebuah syarikat pengeluar alatan seks yang berpengkalan di China berjaya menghasilkan robot sex menyerupai seorang wanita. Mereka mendakwa robot sex yang dihasilkan mampu mengenal dan bercakap-cakap dengan pemiliknya.

Dengan ketinggian 165cm, robot berkenaan memiliki postur tubuh yang menarik, berkulit sintetik lembut seakan-akan kulit manusia, otot tiruan yang dihasilkan daripada gel silikon dan kerangka logam gred perubatan berteknologi moden.

Menjadikan eksekutif berpendapatan tinggi yang terlalu sibuk untuk berpacaran sebagai golongan sasar, robot sex tersebut akan dijual dengan harga sekitar RM15,000. Pelanggan boleh memilih rupa wajah dan susuk tubuh yang dikehendaki sebelum robot berkenaan diprogram untuk mengecam wajah pembeli. Selain itu, perisian bagi membolehkan ia bercakap-cakap dalam bahasa pilihan pemiliknya turut disediakan.

Pemiliknya boleh mengarahkan robot berkenaan bergerak mengubah posisi dan menggoyangkan beberapa bahagian tubuh menggunakan alat kawalan jauh.

Roxxxy
Dalam tahun 2001, True Companion LLC yang berpengkalan di New Jersey, Amerika Syarikat mempelopori penghasilan teman wanita robot. Produk mereka dinamakan Roxxxy. Dengan ketinggian 170 cm dan berat 54 kg, Roxxxy mampu bergerak seperti manusia tetapi tidak boleh berjalan atau menggerakkan sendi tanpa alat kawalan. Robot ini mempunyai personaliti, ia tidur dan berdengkur, boleh bercakap tentang Manchester United, Porsche, mampu belajar tentang kegemaran pemiliknya malah ghairah apabila disentuh. Bakal pemilik juga bebas menentukan bangsa, warna rambut dan saiz payu dara yang diingini. Tujuannya dicipta adalah semata-mata untuk memenuhi keinginan seks.

Berbanding dengan robot keluaran China, Roxxxy lebih mahal dan dijual antara RM21,000 hingga RM27,000 seunit. Semasa pelancaran, pemasarannya tertumpu di Eropah dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, mereka bertekad untuk menembusi pasaran lain dan yakin robot sex ini akan dijual di seluruh dunia. Disamping teman wanita robot, mereka juga sedang menghasilkan teman lelaki robot, Rocky untuk memenuhi keinginan seks golongan wanita.

Roxxxy bersama 'teman lelakinya'
David Levy semasa menghasilkan tesis PhD di Maastricht University mempertahankan unjuran bahawa Massachusetts ialah negeri pertama akan menbenarkan perkahwinan manusia dengan robot dalam tahun 2050. Ini berdasarkan hujah bahawa negeri tersebut sudah membenarkan perkahwinan sesama jantina. 

Begitulah kehebatan akal kurniaan Tuhan kepada manusia. Ada yang menggunakan akal dengan cara yang betul dan ada yang sebaliknya. Bagi saya, dorongan untuk mencipta robot seperti ini dipengaruhi oleh filem seperti Artificial Intelligence, I-Robot dan sebagainya. Mungkin juga filem-filem sedemikian dihasilkan semata-mata untuk mempengaruhi manusia menerima acuan kemodenan seperti yang mereka mahukan.

Bagaimana pula dengan hukum Islam? Apakah hukumnya jika seseorang 'berzina' dengan robot? Islam menetapkan hukum terbaik untuk seluruh umat manusia. Tidak terkecuali, bagaimana seorang mukmin harus membendung nafsu sekiranya belum mampu berkahwin, yakni dengan berpuasa.

Tetapi dalam senario dunia Islam sekarang, lain pula jadinya. Dalam negara kita, sudah ada terlalu banyak gejala sosial yang perlu segera ditangani. Sudah pasti kita tidak mahu satu lagi gejala songsang melanda golongan professional yang berduit. Menyimpan teman wanita atau teman lelaki robot bukan mahram di rumah untuk melempiaskan nafsu.

Islam mendahului zaman. Para ulama wajib bersidang dan membuat satu ketetapan fatwa yang jelas tentang perkara ini. Kerajaan juga mesti tegas memandangkan sudah ada patung-patung seks yang dijual secara bebas di pasaraya-pasaraya terkemuka.

Wallahua'lam.

Inikah Punca KOHILAL Rugi RM40 Juta?

Menteri Kewangan PAS ?

HarakahDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersetuju mengenai kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara terhadap pengambilalihan bank RHBCap oleh Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB). Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini mengalu-alukan ADCB untuk ambil alih RHBCap dan menyatakan hasrat Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHBCap perlu dilupakan apabila kebenaran itu telah dibuat oleh Bank Negara. Menurut beliau lagi, Maybank dan CIMB perlu terus dan merancang memikirkan satu sektor lain yang lebih menguntungkan mereka.
Salahuddin mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respon kepada laporan agensi berita Reuters yang turut disiarkan dalam portal The Malaysian Insider.
(Reuters) ABU DHABI, June 12 — Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) plans to sell its RHB stake to Abu Dhabi investment fund Aabar and has won Bank Negara Malaysia’s approval to start talks, it said today. The Abu Dhabi lender, whose 25-per cent stake in RHB is valued at around US$1.6 billion (RM4.8 billion), had held a first round auction to sell the stake, drawing wide interest. But proposed takeover bids for RHB itself from Malaysian rivals Maybank and CIMB put a spanner into the works. “In connection with the bank’s strategic review of its stake in RHB Capital ... the bank received approval from Bank Negara to enter into negotiations with Aabar Investments regarding a potential sale transaction,” ADCB said in a bourse statement today.
Salahuddin samada terkeliru atau sememangnya tidak faham laporan berita tersebut. Jika Salahuddin tidak faham bahasa Inggeris atau tiada pengetahuan langsung tentang strategi korporat, lebih baik beliau mendapatkan khidmat seorang penterjemah atau nasihat pakar sebelum mengeluarkan kenyataan terburu-buru.

Sebenarnya, laporan agensi Reuters tersebut menyentuh tentang kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada ADCB untuk memulakan rundingan bagi menjual pegangan ekuiti 25% dalam RHB kepada Aabar dan tiada kena-mengena dengan cadangan CIMB dan Maybank untuk bergabung dengan RHB. Kedua-dua transaksi adalah berasingan. 

ADCB memerlukan tunai segera dan pada awalnya mereka membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat. Sumitomo Mitsui Financial Group (SMFG), Carlyle Group dan sebuah bank China yang tidak didedahkan namanya telah menyatakan hasrat untuk membeli pegangan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelabur asing masih menganggap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Akhirnya, ADCB membuat keputusan untuk menjual pegangannya kepada Aabar kerana lebih mudah memandangkan kedua-dua ADCB dan Aabar dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi. Rasionalnya, ADCB menyedari bahawa pegangan mereka akan menyusut daripada 25% kepada hanya 6% jika CIMB atau Maybank berjaya mengambil alih RHB. Walaubagaimanapun, ADCB masih berminat untuk memiliki 30% ekuiti dalam Maybank-RHB atau CIMB-RHB selepas penggabungan selesai.

Begitu mudah tetapi Salahuddin gagal memahami perkara ini. Saya yakin beliau hanya membaca satu laporan dan tidak membuat homework sebelum mengeluarkan kenyataan. Barangkali ingin mencari publisiti dalam kalangan ahli-ahli PAS.

Salahuddin juga menggesa CIMB dan Maybank melupakan hasrat masing-masing untuk bergabung dengan RHB berdasarkan hujah yang tidak munasabah kononnya melibatkan dana rakyat. Setakat itu sahaja kemampuan berfikir seorang ahli parlimen PAS? Dalam senario ekonomi dunia tanpa sempadan sekarang, adalah wajar bank-bank kecil dalam Malaysia bergabung untuk kekal kompetitif. Penggabungan ini bakal mencipta sebuah bank yang saiz modalnya antara yang terbesar di rantau ini. Yang menariknya, ketiga-tiga bank tersebut masing-masing dimiliki oleh entiti kerajaan iaitu Khazanah, PNB dan KWSP. Jadi apa salahnya bergabung? 

Bank Negara Malaysia sudah memberi kebenaran kepada CIMB, Maybank dan RHBCap untuk memulakan rundingan. Akhbar The Sun melaporkan:
PETALING JAYA (May 31, 2011): The country's two biggest lenders – Malayan Banking Bhd (Maybank) and CIMB Group Holdings Bhd – have received Bank Negara Malaysia's (BNM) nod to start negotiations with RHB Capital Bhd (RHBCap) and its substantial shareholders for a possible merger of the businesses and undertakings of the two banking groups, respectively. The Employees Provident Fund (EPF) is currently the single largest shareholder in RHB Cap with a 57% holding, followed by Abu Dhabi Commercial Bank's (ADCB) 25% stake. In separate filings, Maybank and CIMB told Bursa Malaysia that the approval to commence negotiations is valid for three months from the date of BNM’s letter, which was today. "We have announced our intention to negotiate with RHBCap on a possible merger. We believe that it is incumbent on us to engage on this opportunity to put forward a value creating merger between the two banks and support the national banking consolidation agenda.
Bloomberg juga ada membuat ulasan tentang rancangan penggabungan ini. Belum berlaku sebarang penggabungan, saham RHB, Maybank dan CIMB telah melonjak hasil reaksi pasaran. Salahuddin dinasihatkan supaya memperbanyakkan bacaan dan belajar dahulu sebelum menghentam. Jika inilah tahap mentaliti seorang Naib Presiden PAS yang dikatakan profesional, saya khuatir apa akan terjadi jika PAS diberi tempat dalam kabinet sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan. Pasti ngeri. 

Sumber berita: 

Maybank, CIMB tussle for RHB?

Wednesday, June 8, 2011

Program Latihan Khidmat Negara atau Program Khidmat Negara?

Program Khidmat Negara



Banyak negara di dunia yang melaksanakan National Service atau Khidmat Negara. Di UK, program khidmat negara diwajibkan ke atas setiap lelaki yang berumur 18-51 tahun dan wanita yang berumur 20-30 tahun. Di Singapura, mereka yang berumur antara 16-40 tahun wajib menyertainya. Begitu juga di negara Zionist, Israel - remaja yang mencecah umur 18 tahun wajib berkhidmat dalam IDF selama 2 tahun. Matlamat pelaksanaan program khidmat negara di kebanyakan negara adalah pertahanan.

Israel dan Singapura pula mempunyai persamaan besar iaitu kedua-duanya adalah negara kecil yang terletak dalam zon berisiko dikelilingi negara-negara musuh ciptaan sendiri atau negara-negara yang berpotensi menjadi musuh. Keperluan untuk mencukupkan anggota pertahanan menjadi satu keperluan. Walaubagaimanapun, semua negara yang melaksanakan program ini mempunyai matlamat asas yang serupa iaitu menyatukan rakyat, memupuk kesetiaan kepada negara dan pemerintah.

Di Israel, walaupun Arab-Israel dibenarkan menyertai askar kerahan mereka wajib mendokong Zionisme. Begitulah hebatnya kesan indoktrinasi dalam program latihan khidmat negara mereka.

Di negara kita, program serupa telah mula dilaksanakan dalam tahun 2004. Program Latihan Khidmat Negara yang diwujudkan bawah akta parlimen mempunyai objektif berikut:

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.   
 
Secara asas, modul-modul latihan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti yang diterapkan sepanjang 3 bulan. Program ini sudah masuk tahun ke-7 pelaksanaan dan banyak isu-isu berbangkit. Antaranya tentang keberkesanan program dan faktor kos yang mencecah RM600 juta setahun.
 
Tentang faktor kos, saya biarkan kepada ahli-ahli politik sahaja untuk membahaskannya. Saya lebih berminat untuk membincangkan tentang aspek keberkesanan program ini. Bagi saya, mana-mana penceramah motivasi boleh mengendalikan program ini dengan berkesan selama 5 hari sahaja. Sesiapa yang pernah menghadiri program motivasi yang dikendalikan oleh pakar motivasi terkenal mungkin bersetuju jika saya katakan perwatakan peserta akan berubah setelah tamat kursus. Bezanya di sini cuma tempoh dan modul tetapi matlamatnya sama. Akan tetapi, tiada jaminan perubahan positif tersebut akan berkekalan. 
 
Seseorang yang pernah belajar ilmu Sosiologi pasti faham tentang konsep Sosialisasi (baca di sini). Bagaimana jika seorang pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara? Bertahun-tahun berada di luar negara sudah pasti mendedahkan rakyat kita kepada perkara-perkara baru yang menarik minat mereka. Suasana politik, ekonomi, sosial dan agama yang sangat berbeza daripada kampung halaman. Proses sosialisasi akan berlaku dan menjangkiti pemikiran mereka; pemikiran inilah yang akan dibawa pulang ke tanahair. Fahaman komunis, sosialis, liberalisme, nazi, syiah, wahabi dan macam-macam lagi. Bagaimana perkara ini boleh diatasi? 
 
Saya pernah mencadangkan supaya mereka dikenakan syarat sebelum menjalani kehidupan normal di Malaysia.  Berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 2 tahun dengan bayaran gaji mengikut kelayakan tangga gaji dalam perkhidmatan ATM. Selesai proses indoktrinasi melalui latihan rekrut 3 bulan, mereka boleh ditempatkan di unit-unit mengikut bidang ilmu masing-masing. Graduan jurutera di Rejimen Askar Jurutera DiRaja, perubatan di Kor Perubatan, IT di Rejimen Semboyan DiRaja dan sebagainya. Selain Tentera Darat, penempatan di unit-unit berisiko rendah dalam Tentera Udara dan Tentera Laut juga boleh dipertimbangkan. Paling tidak, di Rejimen Askar Wataniah. Langkah ini boleh membantu proses sosialisasi semula agar jiwa mereka kembali patriotik setelah fahaman asing dikikis. Fahaman agama yang ekstrimis juga boleh dikendurkan jika kaedah ini digunakan. 
 
Jika gagal melunaskan 'hutang' tersebut, mereka wajar dikenakan tindakan. Saya tidak syorkan sama sekali sebarang bentuk tindakan undang-undang. Memadai dengan menghalang mereka membuka akaun KWSP, disenarai hitam sebagai pemohon jawatan kerajaan dan dilarang menjadi pegawai mana-mana pertubuhan.  
 
Suatu perjanjian hendaklah ditandatangani antara pelajar dan Kerajaan Malaysia sebelum pelajar terbabit meninggalkan negara. Buat permulaan, perkara ini boleh dijadikan syarat tambahan kepada penerima biasiswa kerajaan atau mana-mana GLC. Jika tidak bersetuju, mereka boleh memilih untuk belajar di IPTA atau IPTS dalam negara. Keberkesanan program ini hendaklah dipantau untuk satu jangka waktu tidak melebihi 10 tahun. Kerajaan tidak perlu bimbang masalah brain drain kerana tempoh Khidmat Negara yang diwajibkan hanya selama 2 tahun manakala kitaran proses adalah berterusan. Paling penting, alumni-alumni ATM ini akan lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran dalam hidup. 
 
Pandangan saya mungkin agak radikal tetapi jika kita hendak mencontohi negara-negara maju seperti Korea Selatan, contohilah juga falsafah keramat mereka iaitu is is not about industrialisation, it is about nation building.

Monday, June 6, 2011

UMNO perlu bertindak 'Gentleman'

Menghitung hari ?

Semasa pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, UMNO kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN. UMNO kalah teruk di Kelantan dan negeri Terengganu jatuh ke tangan PAS. Isunya cuma satu, Anwar Ibrahim. Kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada parti UMNO dan Kabinet; dan disusuli pula dengan insiden mata lebamnya yang tersebar ke seluruh dunia telah memberikan kelebihan kepada Barisan Alternatif yang pada ketika itu didominasi oleh PAS. PAS telah menggunakan sepenuhnya kesempatan ini dengan berpura-pura membela Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu pernah disifatkan oleh mereka sebagai Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka. (klik di sini)

Walaubagaimanapun, PAS gagal mempertahankan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 yang kesudahannya memperlihatkan PAS hampir tersungkur di Kelantan dan Terengganu kembali dikuasai UMNO. Kali ini faktor-faktor utama kemenangan besar UMNO-BN adalah pengunduran Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia serta kesungguhan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi rasuah dan membawa perubahan dalam UMNO dan kerajaan. Perbicaraan kes Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gaddam telah melonjakkan populariti Pak Lah.

Pemimpin-pemimpin PAS menyedari mereka menghadapi jalan sukar untuk kekal relevan dalam politik Malaysia jika populariti Pak Lah terus meningkat. Mursyidul Am parti PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali. Beliau lantas memohon maaf secara terbuka daripada seluruh rakyat Kelantan atas segala kesilapan dan kelemahan yang wujud dalam pentadbirannya selama menjadi Menteri Besar dengan harapan akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat Kelantan. Dengan berbuat demikian, Nik Aziz berjaya meraih simpati rakyat Kelantan sekurang-kurangnya agar dapat bertahan sehingga PRU akan datang.

Keputusan pilihanraya umum ke-12 pula mengejutkan semua pihak. Pengundi-pengundi sudah bijak menghukum parti yang tidak mengotakan janji. Graf prestasi Pak Lah yang menjunam amat ketara apabila beliau gagal meneruskan agenda perubahan yang dicanangkan. Transaksi rasuah berlaku di bawah batang hidung beliau sendiri. Banyak kes-kes rasuah berprofil tinggi yang tiada tindakan susulan. Kemuncak kemarahan rakyat kepada pentadbiran Pak Lah adalah apabila harga bahan bakar dinaikkan begitu tinggi, paling tinggi yang pernah dicatatkan. Pak Lah juga dikatakan cakap tidak serupa bikin apabila membatalkan projek Jambatan Bengkok atau Crooked Bridge untuk mengelakkan pembaziran, sebaliknya beliau melancarkan pembinaan Penang Second Link dan dalam masa yang sama, jambatan sedia ada dilebarkan. Pak Lah juga gagal membentuk kabinetnya sendiri dan mewarisi sepenuhnya peninggalan Dr Mahathir.

Penganalisis politik pula memberikan kredit kepada Anwar Ibrahim kerana gabungan parti-parti pembangkang berjaya menidakkan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Sebenarnya, Anwar Ibrahim tidak akan berjaya melakukannya jika Pak Lah mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang beliau memegang jawatan. Anwar Ibrahim hanya bertindak sebagai pemudah cara iaitu mengikat janji parti-parti pembangkang agar tiada pertembungan 3 penjuru; 1 lawan 1.

Sekarang, Anwar Ibrahim mengetuai pakatan pembangkang dalam misi yang lebih besar iaitu merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional. Lebih tepat, bukan Barisan Nasional tetapi UMNO yang menjadi sasaran serangan segenap penjuru. Berbekalkan kelebihan yang dimiliki Anwar sebagai bekas pemimpin kedua tertinggi UMNO dan Kerajaan, banyak skandal-skandal yang dibongkarkan satu persatu dengan teratur. Pakatan pembangkang seolah-olah mendapat bekalan peluru yang berterusan melalui Anwar.

UMNO tidak dapat lari daripada hakikat bahawa rakyat sedang memerhatikan kedua-dua pihak dan mendapati UMNO sedang beroperasi dalam mod defensif. Banyak isu-isu yang masih belum dijawab dengan sempurna samada secara lisan atau tindakan. Secara peribadi, saya melihat UMNO sedang cuba membaiki kerosakan-kerosakan yang dilakukan sebelum ini oleh Barisan Nasional dan Kerajaan. Natijahnya, semakin banyak kerosakan yang berlaku. Lebih tepat lagi, gali lubang tutup lubang.

Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh UMNO sekarang adalah perubahan drastik dalam barisan kepimpinan dan tindakan-tindakannya. Jika saya menjadi Presiden UMNO, apa yang akan saya lakukan adalah memohon maaf secara terbuka daripada seluruh rakyat Malaysia dan menyatakan komitmen untuk memacu perubahan. Tidak semestinya permohonan maaf tersebut berbunyi "Saya minta maaf". Ada bermacam-macam cara lain yang berkesan. Ego yang berpanjangan tidak memberi sebarang keuntungan dalam politik. Keikhlasan pula hanyalah retorik. Jika UMNO sanggup merayu undi semasa pilihanraya, mengapa tidak menagih ehsan rakyat hanya sekali ini sahaja?

Rakyat Malaysia sudah celik politik dan berani menghukum. Apa yang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat adalah permohonan maaf daripada UMNO. Semoga UMNO akan dimaafkan untuk menjamin kesinambungan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.