Sunday, April 10, 2011

Markas PAS bekas pusat Babi??????????

Sudah samak ke belum?    

Akibat terlalu ghairah hendak berpolitik di Sarawak, akhirnya PAS tersilap pilih tempat untuk dibuat markas. Inilah maklumat yang Rajahmas perolehi daripada rakan di tempat tersebut.

Menurut sumber PAS dikatakan telah meminta bantuan DAP Sarawak untuk membantu menyediakan tempat dijadikan markas untuk kempen pilihanraya DUN Negeri yang akan dibuat tidak lama lagi..

Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mencari tempat sesuai akhirnya rumah kedai yang pemiliknya tidak digunakan lagi dipilih sebagai markas mereka. Apabila diselidik, rupanya tempat itu dulu pernah dijadikan kedai untuk menjual memotong dan menjual daging babi. Nauzubilllahiminzalik.

Inilah bentuk pengajaran kepada sesiapa yang asyik mengutuk dan mencaci kepimpinan Islam untuk menukarkannya kepada kepimpinan DAP.  Mereka menghina tanpa sedar dalam keadaan mereka sebenarnya dihina rakan sepakatan. Jadi jika sesiapa nak tolong sahkan silalah pergi sendiri ke Pekan Lundu untuk ambil gambar banyak-banyak

Rajahmas sebenarnya meragui takkanlah PAS tergamak menggunakan ruang kedai seperti itu untuk dijadikan markas. Adakah ini benar? Wallahualam. . Tetapi kalau benar, sebagai orang Islam saya malu melihat PAS DIBABIKAN OLEH DAP! 

Sumber: Rajahmas 

Sangkuriang kata: Orang Islam dan Melayu dah sedar tentang muslihat DAP, PAS saja yang masih lena dibuai mimpi.

Tuesday, April 5, 2011

Video seks Anwar Ibrahim palsu?

Tepat jam 11.35 malam tadi, Klip Video Seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim sudah dipadamkan daripada YouTube setelah 24 jam berada di alam maya. Kepada sesiapa yang sudah menyimpan klip video itu diminta menyimpannya dengan selamat demi menegakkan kebenaran. Sama-sama kita nantikan pula siri kedua klip video tersebut tidak lama lagi.


Penulis sempat meninjau selama beberapa jam di alam maya termasuk blog-blog samada pro-kerajaan atau pro-pembangkang; dan juga di Facebook.

Yang menarik perhatian penulis adalah perdebatan mengenai video selama 1:47 minit itu masih berterusan sehingga saat artikel ini ditulis. Pelbagai komen suka-duka yang boleh dibaca. Pihak yang menyokong kerajaan berpendapat tuduhan yang dibuat oleh Dato T adalah benar dan selari dengan isi kandungan video tersebut. Manakala pihak yang menyokong pembangkang pula terus berusaha gigih untuk menidakkannya. Agak lucu juga apabila membaca beberapa komen bahawa video tersebut telah dipalsukan menggunakan kaedah split-screen dan ada komen yang menyebut pelakonnya memakai topeng Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada segelintir yang percaya bahawa lelaki bertuala putih terbabit ialah Dato Eskay sendiri. Gambar di bawah diambil di Facebook menunjukkan usaha pihak tertentu menguatkan hujah dengan membuat perbandingan.


Ada juga penulis blog yang mempersoalkan tulisan bahasa Siam dalam video tersebut. Baca di sini, di sini dan di sini

Walaubagaimanapun, semasa menulis rangkap ini video tersebut didapati muncul semula di YouTube dengan tajuk Video sex Anwar Ibrahim dan penulis menjangkakan ia akan terus berada di situ untuk satu jangka waktu yang lama.

Masing-masing yang menonton atau tertonton video tersebut berhak untuk menilai dan membentuk persepsi sendiri. Namun, bagi seseorang yang berilmu pengetahuan dan memiliki pengalaman dalam bidang perfileman seperti penulis blog Kickdefella sudah pasti mampu mengupas dengan panjang lebar tentang keaslian video tersebut. Baca di sini dan di sini.

Kupasan Kickdefella juga menguatkan lagi kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang disiarkan dalam semua media cetak dan elektronik bahawa video tersebut adalah tulen. Jadi, isu pemalsuan video dengan kaedah split-screen tidak relevan. Persoalan yang tinggal sekarang, adakah lelaki bertuala labuh dalam video tersebut benar-benar Anwar Ibrahim?

Sesiapa sahaja yang menonton video tersebut akan menjawab "Ya" tetapi harus diingat ada 2 soalan penting penyokong pembangkang yang masih belum terjawab. Pertama, adakah lelaki itu memakai topeng Anwar Ibrahim dan kedua, adakah dia seseorang yang secara kebetulan mirip kepada Anwar Ibrahim. Sementara menantikan hasil siasatan pihak berwajib, tidak salah rasanya kita merungkai persoalan-persoalan ini secara beradab dan bertamadun; menurut perspektif masing-masing.

Penulis juga menjangka serangan bertalu-talu akan dibuat oleh pihak pembangkang terhadap pihak polis, khususnya Ketua Polis Negara selepas ini. Ini adalah strategi lazim mereka untuk mengalih tumpuan rakyat kepada isu sebenar. Harap-harap pihak polis boleh menangkis segala tohmahan yang bakal dilemparkan nanti supaya kredibiliti pasukan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak polis tidak terjejas.