Friday, February 4, 2011

Relaxlah brader Khalid


Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata parti Islam itu lebih suka bekerjasama dengan kumpulan 'berakhlak mulia' dalam DAP dan PKR berbanding golongan Islam dalam Umno.
“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.
Sumber: Malaysiakini
Khalid Samad semakin gelabah biawak. Kenapa agaknya? Tentulah kenyataan Khalid tersebut berkait rapat dengan prestasi PAS dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut. Galas dan Tenang. Penulis tidak berhasrat untuk membuat analisis keputusan kedua-dua PRK tersebut. Namun, kesimpulan analisis memberi isyarat jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu sudah mula menolak parti PAS. Ini berdasarkan statistik rasmi dan trend mengundi di setiap peti undi. Malah, analisis yang dibuat oleh PAS sendiri menunjukkan bahawa pengundi-pengundi lebih mengutamakan faktor calon daripada ideologi parti yang bertanding. Misalnya, data menunjukkan individu yang mengundi PAS di DUN Galas memberi undi kepada BN di Parlimen Gua Musang dalam PRU-12. Mungkin faktor Ku Li ialah sebab utama.

Lain pula ceritanya di DUN Tenang. Peratusan undi Cina kepada calon PAS meningkat manakala BN mendapat undi solid daripada pengundi Melayu dan India. Berbeza dengan Galas, peningkatan undi Cina di Tenang meningkat mungkin disebabkan beberapa faktor selain calon. Kempen DAP berjaya mengatasi peranan MCA. Manakala, PAS dan PKR pula gagal memikat pengundi Melayu walaupun top-gun mereka seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sendiri turun berkempen.

Maka, tidak hairanlah jika Khalid mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bakal menjerat masa depan politiknya sendiri. Penulis dapat merasakan rasa kecewa yang cuba diluahkan oleh Khalid terhadap orang-orang Melayu. Ucapan Khalid tersebut juga membawa maksud sesiapa sahaja yang menyokong UMNO, tergolong dalam puak jahiliyyah, berdosa besar, tidak mendapat hidayah dan cetek akal. Laporan Malaysiakini juga menyebut Khalid sebagai berkata:
"PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno sekalipun dijemput oleh (Yang Di-Pertuan) Agong," tegasnya.
Maksud Khalid sangat mudah difahami, YDP Agong cuba diperalatkan oleh UMNO. Adakah dakwaan ini benar? Sebelum soalan ini dijawab, ada baiknya kita fikirkan kenapa isu kerjasama PAS-UMNO cuba ditimbulkan oleh Khalid dalam program road show PKR. Harus diingat, adalah menjadi hak mutlak baginda Tuanku untuk menjemput sesiapa sahaja ke majlis santapan Diraja. Kali ini, baginda menjemput pucuk pimpinan PAS dan UMNO. Akan datang, mungkin baginda akan menjemput pemimpin MCA dan DAP pula, begitulah seterusnya. Sebagai ketua negara, baginda berhak berbincang apa sahaja perkara yang dirasakan sesuai dengan mana-mana pemimpin parti politik. Mungkin juga baginda berkenan memberikan nasihat atau pandangan dan tidak semestinya tentang kerjasama UMNO-PAS. Dalam hal ini, Khalid cuba membuat spekulasi walaupun Nik Aziz sendiri telah membaca kenyataan bertulis yang disiarkan dalam Harakah menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat apa-apa andaian tentang perkara ini.

Jadi, mengapa Khalid bertindak seperti lebih sudu daripada kuah? Mudah. DAP dan PKR tidak senang dengan pertemuan tersebut. Anwar Ibrahim sendiri kecewa kerana tidak dijemput ke majlis santapan Diraja dan sehingga ke hari ini, Anwar masih gagal mendapat maklumat tentang perbincangan yang telah berlangsung di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Perkara ini membuat Anwar semakin gelisah. Jika Anwar gelisah, Khalid sebagai ejen Anwar dalam PAS juga menjadi gelabah. Jika sebelum ini setiap maklumat tentang PAS  diperoleh dengan mudah oleh Anwar, kali ini Anwar buta dan pekak kerana mata dan telinganya dalam PAS tertutup. Maka,  Khalid berkata demikian sebagai amaran kepada Hadi Awang dan Nik Aziz  sebagai ubat penenang untuk bos sebenarnya iaitu Anwar.

Adakah Khalid Samad salah seorang daripada beberapa comrade Anwar yang ditugaskan untuk menyingkirkan Hadi Awang sebagai presiden PAS? Adakah penyokong setia Hadi Awang akan berdiam diri melihat beliau disingkirkan oleh orang-orang seperti Khalid, Mahfuz, Dzulkefly dan Mujahid? Terserahlah kepada penyokong kem ulama’ untuk menyiasat. Anwar dan comradenya dalam PAS semakin terdesak. Mungkinkah tembelang mereka akan pecah? Entah.

Apa-apa pun, Relaxlah brader Khalid. Jangan gelabah biawak.

1 comment:

  1. salam...
    tahniah YB Khalid, kita tak perlu kerjasama dengan parti penipu seperti umno.. kita boleh lihat daripada sejarah bagaimana parti umno sebuah parti penipu besar yg pernah memperdayakan PAS suatu ketika dahulu.. ape2 pon tahniah atas penulisan ini... heheheheeh

    ReplyDelete