Tuesday, February 1, 2011

Mazlan tawar pekerjaan kepada Cikgu Mala


PRK N05 Tenang sudah berlalu. Angka-angka yang diumumkan SPR cukup menarik; BN-6699 undi, PAS-2992 undi dan Majoriti-3707 undi. Barangkali angka-angka ini sudah mula merasuk kaki-kaki nombor ekor. Walau apa pun, tahniah UMNO, tahniah BN dan tahniah Tok Ai. Tahniah juga kepada PAS yang berjaya menambah 1 lagi angka kepada statistik rasmi kadar pengangguran di Malaysia. Apa tidaknya, calon PAS – seorang Diva yang dikenali sebagai Cikgu Mala secara rasminya bergelar seorang penganggur serentak dengan pengumuman keputusan rasmi PRK Tenang.

Sudah pasti PAS dan BN akan membuat post-mortem tentang faktor kekalahan dan kemenangan masing-masing. Persoalannya, bolehkah laporan post-mortem PAS dipercayai? Tidak. Sebabnya, sejak awal lagi PAS sudah menjangka tidak akan menang. Jadi, untuk apa perlu dibuat post-mortem sedangkan jawapannya sudah ada pada mereka sebelum hari penamaan calon lagi. Namun, seperti biasa pemimpin PAS perlu mengadakan pembohongan untuk menutup minda pengikut-pengikutnya. Laporan post-mortem PAS tentunya akan menyenaraikan sebab-musabab kekalahan di Tenang, yang direka khusus untuk menutup kebatilan mereka sendiri.

Akan tetapi, kita perlu juga melihat dari sudut positif. Cikgu Mala telah mengaku yang dia merupakan salah seorang pelaksana dasar kerajaan yang mempunyai konflik kepentingan. Mengajar di sekolah kerajaan dan pada masa yang sama menentang dasar kerajaan. Begitu juga dengan suami mithalinya (baca selanjutnya di sini).

Kalau dulu Cikgu Mala boleh sara hidup selama berbelas tahun dengan wang gaji yang dibayar oleh kerajaan, sekarang siapa yang akan bayar gajinya? Cikgu Mala tidak perlu bimbang sebab ada pemimpin PAS yang prihatin dengan nasib Cikgu Mala. Dengan pantas, Mazlan Aliman sudah menawarkan pekerjaan kepada Cikgu Mala. Harakahdaily melaporkan:

LABIS, 31 Jan: PAS kawasan Labis khususnya calonnya di Tenang, Cikgu Normala Sudirman diseru supaya terus turun padang bagi memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Asas yang sangat baik telah dibina untuk Dun Tenang. PAS kawasan Labis, khususnya Cikgu Mala mesti terus turun padang," kata Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan jentera PAS di PRK Tenang.

Penulis berharap Cikgu Mala selaku AJK Muslimah PAS Pusat faham dengan seruan ini. Dalam bahasa politik PAS, turun padang membawa maksud menganjurkan ceramah-ceramah politik supaya pemimpin-pemimpin PAS dapat makan angin sambil cari makan. Ya! Mazlan Aliman memberi isyarat bisnes yang menjanjikan pendapatan lumayan untuk Cikgu Mala. Mazlan Aliman masih memerlukan Cikgu Mala sebagai alat politiknya. Mazlan ingin terus menyerang Felda melalui Cikgu Mala. Lebih banyak ceramah, lebih banyak income. Lebih dahsyat fitnah dan maki-hamun, lebih banyak sambutan. Lebih kuat laungan takbir!!, lebih banyak hasil. Jika ada orang kafir yang mempermainkan ayat Al-Quran di atas pentas, itu dikira bonus buat Cikgu Mala.

Tabung untuk kutipan tiket persembahan harus diperbanyakkan. Jika Cikgu Mala bimbang berlaku ketirisan kutipan, suaminya boleh membantu. Lagipun, suaminya sudah menghidap penyakit murung. Selepas meletak jawatan, suaminya boleh menjadi pembawa tabung yang amanah. Berkat perkongsian pintar PAS-DAP, rezeki Cikgu Mala mungkin berlimpah-ruah. Cikgu Mala boleh suruh suaminya bawa tabung DAP semasa ceramah. Biarlah dituduh barua, anjing atau pencacai DAP, tidak mengapa. Nik Aziz sudah terima wahyu bahawa DAP mahu memperkasakan Islam, itu yang paling penting. Berlipat-gandalah pendapatan Cikgu Mala. Tak payah jadi wakil rakyat pun Cikgu Mala boleh kaya-raya.


Sudah tentu Cikgu Ma’arof juga selalu melayari internet, membaca blog-blog. Ada sebab Cikgu Ma’arof bimbangkan Cikgu Mala sepanjang kempen pilihanraya. Ramai pemimpin PAS yang pandai menjaga isteri ahli mereka. Dalam hal ini, Cikgu Ma’arof tidak perlu bimbang. Kisah Cikgu Ma’arof dan Cikgu Mala semasa di maktab dulu tak mungkin berulang. Pada waktu itu, Cikgu Mala berjauhan dengan suaminya tetapi sekarang anda sentiasa berdamping 24 jam dengannya. Kasanova-kasanova PAS tidak berpeluang langsung mendekatinya walaupun Cikgu Mala masih ayu, malah lebih ayu dari dulu. By the way, what goes around comes around bro!

Cikgu Mala juga tidak perlu bimbang tentang hasil pendapatan menganjurkan ceramah bertemakan kebencian, perpecahan umat Islam, fitnah atau maki-hamun. Berjumpalah dengan bakal Mursyidul Am PAS yang baru, Al-Fadhil Ustaz Nizar Jamaluddin nescaya difatwakan wajib syari’e olehnya. Atau Cikgu Mala boleh terus merujuk kepada Nik Aziz, pasti diberikan lampu hijau kerana jihad menentang puak jahiliyyah katanya.

Akhir kata, penulis mendoakan Cikgu Mala sekeluarga baik sejahtera. Mudah-mudahan suaminya sembuh daripada penyakit murung. Semoga rumahtangga Cikgu Mala bertambah kukuh. Tindakan PAS menjadikannya subjek eksperimen di Tenang hampir mengundang bala.   Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin Cikgu Mala hanya layak menjadi surirumah sahaja. Fikir-fikirkanlah wahai Cikgu Mala.

No comments:

Post a Comment